Thursday, August 16, 2012

Istilah-Istilah dan Perilaku Yang Ala-ala Kebaratan

Assalammualaikum. semua mesti dah dalam mood nak beraya kan?? termasuk la aku.. nak buat keje pun dah tak de mood sebab hati dah ada kat kampung.. tapi apa yang perlu disiapkan sebelum cuti terpaksa jugak disiapkan. InsyaAllah. Okay.. balik pada tajuk posting kali ni. hermm.. sekarang ni banyak di perhatikan perilaku dan tingkah remaja. kadang2 bukan remaja.. dah tua2 pun ada setengahnya melakukan perbuatan yang pada aku la kan macam sungguh tak sesuai. Mungkin bagi sesetengah orang beraksi begitu adalah 'cool'.. cool2 pun biar la bertempat kan?? dan biarlah tidak memesongkan aqidah kita secara tidak sedar.
Antara aksi yang selalu didengar dan nampak dilakukan oleh orang kita (Muslim) adalah menggunakan perkataan "cross my finger". Apa tu?? tertanya-tanya kan apa bendenya tu. ok. sini aku kasi bahan bacaaan skit la ek. Dari link (http://arsiparmansyah.wordpress.com/2010/05/24/telisik-akidah-keep-my-finger-cross-and-peace-man/) nanti nkorang free nkorang baca la link tu.
Bagi aku.. istilah ni aku selalu dengar orang kristian guna sebab ia sinonim dengan lambang salib diorang. so kenapa kita nak ambil amalan agama lain dan praktikan sebagai amalan kita?? mungkin setengah orang akan cakap cross my finger tu = good luck. tapi bagi aku tak.. bagi aku just baca doa mintak pada Allah. Ada jugak orang bila buat sesuatu kerja tu dia akan cakap sambil buat silang jari ni harap2 kerja dia tu okay. Why is that?? cuba sebelum buat keje kita berdoa pada Allah moga kerja kita dipermudahkanNya dan selepas keje kita siap.. kita bersyukur dan berdoa semoga kerja kita tu sempurna dan diterima oleh bos2 kita. Perkara kebaratan ni dah banyak. cuma kita guna akal kita fikir balik.. yang baik boleh diambil yang buruk tu jadikan sempadan kita dan peringatan buat kita. cool, cool la jugak kan.. tapi jangan hanya cool di dunia aje!!.. sekian posting kali ni.. Selamat Hari Raya.. Wassalam...

Salam Aidilfitri.. Maaf Zahir Batin

Assalammualaikum.. tak berapa hari lagi semua umat Islam seluruh dunia akan menyambut Syawal. Ucapan salam Aidilfitri maaf zahir dan batin kepada semua. Bagi yang balik kampung tu, hati-hati dijalan raya. Sentiasa bersabar. InsyaAllah.. akan selamat sampai ke destinasi.