Wednesday, October 13, 2010

Kembali

salam..

dah lama tak merapu kat sini.. lepas 2 bulan berpantang.. untuk makluman.. hehehe.. saya dah selamat melahirkan bayi lelaki seberat 3.96kg di Hospital Selayang pada 1 Ogos jam 8.18 pagi. sama jugak seperti abang nya.. adik yang dinamakan dengan nama Amir Isfahan kene jugak kuning. dan juga kekurangan G6PD. so ikut prosidur hospital, kami kene tahan di wad sampai 5 hari. hari ke2 dan ke3 kuning masih lagi tak turun. dah masuk hari ke3 mula la kalut cari alternatif lain. teringat kepada kawan yg jual 4Life Transfer Factor yang mmg aku ada beli bg dekat anak sulung. so call dia mintak dia hantar suplement tu.. so dah dapat kapsul tu aku tuang 1/3 dlm sudu campo air then kasi adik minum..

alhamdulillah..

lepas minum 2 kali kuning dia mula turun.. hari ke 4 dah kurang.. tapi doktor tak bg balik lgi.. kene monitor lagi.. so aku bg lagi (habiskan baki suplement tu) then hari ke5 nurse dtg bgtahu yg kami dah boleh balik.. lege nyer hati.. balik dr hospital.. esoknya kalut je balik terus ke penang sbb tokwan naufal iaitu ayah aku dah tenat. tapi alhamdulillah sebelum menghembus kan nafas, tokwan sempat tengok adik. alfatihah.

skrg ni adik dah berumur 2 bulan 13 hari. berat pun dah 5.85kg. sikit hari lagi rasanya dia dah nak meniarap kot.. hahahah..

ok stop dulu kat sini.. nanti cerita lagi.. next entry maybe pasai rumah kot.. heheh..

Thursday, July 22, 2010

menghitung hari!!!

salam.. lama gile rasanya tak update apa2 kat sini.. hihi.. sbb kan ada yg bertanyakan cemana nak buat folder dlm blog terus terdetik nak menaip skit...

dlm sebulan ni mmg letih.. letih pindah dan kemas2 rumah.. even sampai sekarang ni pun masuk lagi tak abih2 kemas rumah.

oopsss.. lupa chek nak habaq.. secara rasminya kami dah pindah rumah ke saujana utama sg buloh pada hari khamis 24 Jun 2010.(nanti chek upload gambaq2 rumah yg tengah sepah tu ek).. penuh gak la barang satu lori. tu pun nasib baik hubby dah angkat skit2 barang pindah masuk. kalau tak rasanya mau kene sewa 2 lori.. hahahah.... nak harap aku angkat2.. mahap la.. perut tengah sarat.. leh angkat yang ringan2 la.. tu pun sebelum pindah dah masuk wad 2 hari sbb kejang otot perut.. naufal lak dah hantar balik dok ngn Opah kat Tapah.. senang la skit nak kemas2 time dia tak de ni..

ok tu bab pindah rumah.. hihi.. ni lak bab menghitung hari nak bersalin.. tinggal lagi seminggu kalau ikut kan tarikh yg doktor bagi.. 29 julai dijangka bersalin.. tapi skrg ni pun dah bersiap sedia.. mana la tahu kalau tiba2 je nak bersalin awal. ikutkan pada scan hari tu insyaAllah.. baby boy lagi.. hihi.. ok la.. naufal ada geng.. skrg ni pun g keje bawak kete slow2 jer.. sampai opis pun kadang2 lewat.. hahaha.. bos pun dah paham.. lantak situ.. harap2 tak de la masalah semasa nak melahirkan nanti.. sesama2 la yer doa2kan.. lagi seminggu....

ok.. nak sambung koje.. tata.. jumpa di lain post.. ecehhh....

Tuesday, May 18, 2010

Rindu Naufal


salam..

dah 2 minggu dah Naufal duduk dengan Opah kat Tapah. setiap saat ibu merindui naufal.. kalau kat opis.. kejap2 asik tengok gambar naufal je .. nak lepas rindu.. kadang2 bergenang gak air mata.. air mata rindu.. tak sabar rasanya nak tunggu 5 Jun..

huhu.. rindu nya kat anak ibu.. naufal.. harap naufal jangan nakal2 yer di sana..

Friday, May 14, 2010

kejang

minggu ni dah cukup dah kandungan aku 7 bulan. jalan pun dah tak berapa nak larat. tapi dalam tak berapa nak larat tu jugak kadang2 aku merayap keluar masa lunch break g kedai riben.. hahahaa.. apa lagi..cari riben le.. nak menyiapkan kononnya table runner ah.. ecehh.. dlm kepala ni mcm2 idea ada nak buat cuma masa je yg tak berapa nak cukup. skrg ni je ada masa skit sebab naufal ada dengan opahnya kat tapah. huhu.. rindunyer kat dia.

tapi ok jugak la dia kat sana dengan opah dia.. tahan je la rindu ni sampai bulan 6 nanti nak jumpa..

adehh.. semalam la yg paling tak tahan. tengah-tengah tido tiba2 je kaki kejang.. menjerit aku.. hubby lak kat ruang tamu.. panggil2 dia tak dengar.. jenuh la aku meluruskan kaki aku yg kejang tu. perggh.. lepas dah ok.. beralih je skit kejang balik.. huaaaa.... sakit nya.. ni dah mula la ni nak start kejang bila tido.. huhu.. mcm masa ngndung kan naufal dulu gak le.. huhu.. hopefully tak de la kejang teruk2 sampai nak bersalin nanti.. insyaAllah..

okeh.. dah nak start keje.. till next entry.. ecehhh...

Friday, April 16, 2010

Bekas Letak Pen


salam

hihi.. projek yang dah siap. bekas letak pen yg di hias dengan bunga ros riben.

taddaaa.. hihi..

Barang ni ada kat office skrg ni. saja je nak tayang kat kawan2. buat pun dekat office jugak.sementara nak tunggu kerje-kerje scan yg lambat nak siap so aku pun mula la memintal bunga ros. kali ni guna riben putih untuk bunga. comel tak ek?? hihi..

nanti2 nak upload pulak hiasan lilin yang dah siap. tunggu yaa....

Tuesday, April 13, 2010

Projek di waktu kebosanan



salam.. semalam jalan2 ke kedai bunga dan riben, berkenan sgt tengok riben lawa2. so aku pun beli la dua ketui. pink ngn hijo. ahak.. campo yang ada kat rumah warna biru.. dlm kepala terpikir2 apa nak buat. sampai je rumah lepas meredah jam selama 3 jam.. huhu dengan penatnya aku pun mula la mengkelebek (org utara tahu le kelebek tu apa.. hihi) riben2 yg dibeli tadi.

hihi.. pintal punya pintal punya pintal.. taadaaaaa... jadi la bunga2 mawar yg tak seberapa ni.. ni projek belum siap lagi.. hihi.. nanti dah siap aku masukan gambar projek yang dah siap yer.. muahahahah...

Monday, April 12, 2010

Resepi roasted chicken

salam.. hihi.. tiba2 je hari ni ada request mintak masukan resepi ayam bakar yg aku buat masa open house tahun lepas. sebenarnya tu percubaan pertama buat bende tu.. maklumlah, ada oven baru. tapi alhamdulillah. percubaan berjaya..nama resepinya aku tak tau.. so belasah je la yer.. janji roasted chicken.. hihi... ramai lak yg puji sedap. terima kasih gak dekat k.bisma sebab kasi resepi tu. so.. lepas ni. cik orangelily leh la buat selalu yer. buat lebih skit pastu hantar ke opis.. leh?? hihi..

resepi yang dimaksudkan adalah seperti dibawah:

A. bahan untuk ayam bakar (bergantung kepada jumlah jemputan. kalau ramai, byk la ayam nyer)
1. 2 ekor ayam atau 1 ekor + 2 keping isi bahagian dada.
2. Kentang
3. carrot
4. Leek
5. Batang Celery
6. brokoli
7. Minyak zaitun
8. bawang putih (tumbuk)
9. Lada hitam (ditumbuk)
10. lemon juice
11. mix herb
12. garam
13. gula

CARA2:
1. Perap ayam dengan minyak zaitun, garam, bawang putih yang ditumbuk, mix herb dan lemon juice. biarkan selama 1/2 jam dlm peti sejuk.

2. sediakan bahan2 untuk disumbat dalam ayam.
i. potong kecil kentang, carrot, leek, batang celery, brokoli.

ii. goreng semua bahan diatas dengan tumis bawang putih (guna minyak zaitun)+ masukan isi ayam yang telah dipotong dadu + lada hitam + garam secukup rasa dan secubit gula.

iii. masukan sedikit sahaja mix herb.

iv. ketepikan bila kentang dah empok. (untuk mengelakan masa menggoreng yg lama, rebus dahulu carrot dan kentang)

3. rebus kentang (potong 4)dan carrot untuk diletakkan dalam dulang pembakar bersama ayam.

4. kluarkan ayam dari peti sejuk. masukan bahan-bahan yang goreng tadi dalam ayam tersebut dan susun kentang serta carrot yang direbus di luar ayam dalam dulang pembakar. (jika bahan yang disumbat lebih, boleh dituang saja di luar ayam atau dibuat lauk tambahan)

5. bakar dlm oven selama 1j45min pada suhu 175 darjah.

hihi.. selamat mencuba. sorry la.. tak reti la nak type resepi. so ikut je la mana yg boleh yer.. hahaha.. kalau tak paham.. roger2 la yer..

apa-apa pn selamat mencuba.

Thursday, April 8, 2010

perfume baik punyer!!

adehh.. dah TERbangun lewat lak pagi ni.. kalut bersiap2.. layan2 naufal. kemas2 beg.. iron2 baju..

dah siap nak keluar sekali ada bau sesuatu.. aku ingat bau taik kucing yg kat luar tu..

sejak 2 3 menjak ni bau taik kucing tu mcm makin kuat je.. sekali naufal bangun pegang seluar aku mintak dukung.. kejap2 ibu nak angkat beg.. sekali terbau sesuatu yg kuat... alaaaaaa.... naufal... 'wangi' la ibu.. huhu.. rupanya2 naufal sudah berry.. then disebabkan dah lama kot dia berry.. punggong dah gatal2 kot.. digarunya dah terkeluar cebisan2 tutttt.. hahaha.. abih le sluar aku.. huhu..

nak tak nak.. bawak masuk ke bilik air.. mandi kan dia. siap2 kan dia.. then aku pun g tukar kan sluar.. harap2 tak de la terkena kat baju lak.. huhu. nak iron baju lagi.. huaaaa... ibu dah lambat.... sepanjang jalan.. hidung ni tergiang2 lagi bau yg kene kat sluar tu.. huhu.. naufal jgn buat cam tu lagi yer.. hihihi...

Wednesday, March 31, 2010

kembali!!!

Dah lama sangat2 rasanya tak de entry. sibuk sangat2 sejak dua menjak ni. sibuk dengan kerja.. sibuk dengan lain-lain lagi.. hihi.. tahun 2010 ni memang akan jadi tahun yang sibuk bagi aku. tahun ni jugak akan sibuk untuk pindah rumah lagi. InsyaAllah. dan tahun ni jugak, bulan 7 kot insyaAllah akan ada orang baru. hihi.. alhamdulillah walaupun sesibuk mana pun sempat jugak aku melarikan minda dan mata ini untuk mencari bahan-bahan bacaan yang menarik. untuk pengisian jiwa la jugak. antara yang menarik aku baca hari ni ialah>>> 6 perkara Allah sembunyikan.. mari kita hayati naskah yang di ambil dari laman web http://www.ipislam.edu.my (diposkan oleh Arbain Muhayat (2008))

6 PERKARA ALLAH SEMBUNYIKAN.
Allah SWT selesai menciptakan Jibrail AS dengan bentuk yang cantik,dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan (124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail AS memandang dirinya sendiri dan berkata:

"Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada
aku?." Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. "Tidak"
Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun. Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud.

"Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa,sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja,dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solat mu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu."

Kemudian Jibrail as berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?" Lalu Allah berfirman yang bermaksud. "Ya Jibrail, akan Akuberikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal"

Kemudian Jibrail AS meminta izin kepada Allah untuk melihat syura Ma'waa. Setelah Jibrail AS mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail AS dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbangla malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud :

"Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya,atau
sepertiganya, atau seperempatnya?" Kemudian Allah SWT berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail,kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat
Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan....."

Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan...Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

* Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalamAl-Quran.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
* Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.

Semoga kita mendapat berkat daripada ilmu ini. Wallahualam.

sama-sama la kita menghayati.