Monday, December 31, 2012

Penutup 2012

Assalam..

hari ni 31 Disember 2012.. penutup bagi tahun 2012.

Bila diimbas kembali sepanjang 2012 ni.. banyak lagi yang tak dapat aku capai. tapi apa pun aku bersyukur pada Allah kerana masih bernyawa dan masih lagi dapat menyumbang dan beramal. Masih banyak lagi pekara yang aku tak dapat buat dalam tahun 2012 ni. Pada tahun ini juga macam-macam dugaan yang aku hadapi. Segala apa yg aku alami aku ambil itu sebagai iktibar untuk diri aku dan jadikan itu satu pengajaran untuk aku melangkah masuk ke 2013.

Banyak perancangan 2012 yang aku terpaksa bawak ke 2013. Tapi tak apa.. perjalanan masih jauh.. walaupun tak pasti sampai bila.. akan aku lalui setiap detik..setiap masa dengan lebih tabah.. lebih muhasabah diri ke arah hidup yang lebih baik.

nak buat senarai plan 2013 tapi mcm tak tersenarai je.. apa2 pun aku berdoa semoga hari esok akan lebih baik.. bukan hari yang lebih baik.. tapi diri aku ini akan berusaha untuk menjadi yang terbaik.. untuk diri sendiri dan untuk keluarga. Moga Allah memudahkan segala urusan ku pada 2013 dan tahun2 akan datang, dan melimpahkan aku dengan rezeki yang melimpah ruah, kesihatan yang baik, kasih sayang yang tak terhingga dr suami dan keluarga.. Aminnn...

Friday, September 7, 2012

Kreatif: Resepi Di Dapur

Assalam..

nkorang suka masak?? mesti suka kan?? mesti suka try macam2 resepi masakan.. pastu mesti ada buku resepi kan??.. heheh..

aku suka print resepi dari internet. buku resepi ada.. tapi mana ntah aku simpan. haha.. so nak try makan apa2 aku print la resepi dari internet. so kat rumah aku letak je resepi yang aku print tu kat rak tepi peti sejuk dekat dapur.. senang nak selak2 bila nak masak2..


sorry.. gambar blurr la pulak.. amik guna HP je.. tangan menggigil.. hahaha..

klip kan kertas resepi tu kan board yang ada tali.. then gantung je kat rak tu.. simple.. anak2 pun tak de nak amik main.. kalau letak dlm laci mau lunyai kertas2 resepi tu kene punggah ngn anak2.. heheh

kira kreatif la konon kan?? haha..

Wednesday, September 5, 2012

Kek Lobak Merah a.k.a carrot cake

Assalam..

semalam birthday en.suami. so tak tau nak beli hadiah apa.. so buat la kek. Hermmm.. nak jadikan cerita.. haha.. punya la lama tak buat kek.. sampai dah lupa dah cemana step2.. salin resepi kemain lagi ringkas2 cam dah terer dah buat.. sekali masa nak buat tu.. aku pi boh sekali butter, gula dengan tepong.. hahaha.. apa lagi.. niat hati tak mo pakai mixer dah terpaksa kluarkan mixer dr kabinet. hadoihnyer pun.. tapi ok la.. jadi la jugak percubaan pertama buat kek tu..siap sekali dengan white frost topping lagi.. dan yg best nyer org puji sedap.. dan malangnya tak dan nak snap gambaq masuk sini.. len kali buat kita snap masuk sini.

ok sini kita share la ek resepi kek tu.

bahan2 untuk kek:
butter seketui (250gm)
gula kastor 1 cawan (kita tak suka manis)
telur 3 bijik
tepung 1 1/2 atau 2 cawan
soda (baking powder) 1 sudu kecik
esen vanilla - 1 sudu kecik
lobak merah 4 bijik (sagat)
walnut (hancurkan) 1 cawan atau kismis atau lain2 yg rasa sesuai nk tambah.

cara:
Pukul Butter dan gula sampai kembang.
masukan telur. pukul lagi sampai kembang
then masukan tepung, soda dan esen vanilla.
pukul sampai sebati semua tepung tu. then masukan lobak dan walnut.

dah siap.
tuang dalam loyang yang disapu mentega atau lapik dengan kertas minyak.
bakar 45 min pada suhu 180C

then untuk topping plak
bahan2:
250 cream cheese (kita pakai tatura sbb dia lembut senang nak pukui)
100gm butter(setengah ketui)
1 sudu teh esen vanilla
1 1/2 cawan gula icing (kita letak 1 cawan lebih skit jer.. tak suka manis)
2 sudu besar susu segar

cara nak buat:
pukul butter sampai kembang (keputihan)
Masukan cream cheese then pukul sampai kembang lagi.
masukan gula icing sikit-sikit. pukul sampai kembang lagi.
tambah susu segar dan esen vanilla pukul lagi sampai puas hati :D

dah siap boleh sapu kat seluruh kek bila kek dah sejuk.

adunan topping ni banyak.. boleh guna untuk 2 bijik kek. :D

sedap
selamat mencuba. :)

Tuesday, September 4, 2012

Secret Garden: OST That Man/Woman

assalam..

selamat hari raya..

cerita korea sekarang ni best2 kan?? dulu ingat masa sekolah2 dulu suka cerita kantonis. Breaking point yang paling aku ingat.. then lagi Leon Lai dalam drama The Legendary Ranger. tu dulu la.. tapi skarng ni K-wave dah melanda. memang banyak cerita-cerita atau drama korea kat TV. yang aku paling suka citer ni Secret Garden. Suka OST dia That Man (Hyun Bin) dan That Woman (Baek Ji young). Satu lagu tu dari Hyun Bin point of view.
ni video klip OST dari drama tu. dan bagi aku yg pompuan ni.. aku suka lirik That Wowan. sgt tersentuh. dan suara Hyun Bin memang best.

then lagi satu cerita yg aku suka.. citer Playfull Kiss. so sweet.. dua-dua drama ni sweet la..:)



lagu ni siap buat ringtone HP lagi.. :)

Thursday, August 16, 2012

Istilah-Istilah dan Perilaku Yang Ala-ala Kebaratan

Assalammualaikum. semua mesti dah dalam mood nak beraya kan?? termasuk la aku.. nak buat keje pun dah tak de mood sebab hati dah ada kat kampung.. tapi apa yang perlu disiapkan sebelum cuti terpaksa jugak disiapkan. InsyaAllah. Okay.. balik pada tajuk posting kali ni. hermm.. sekarang ni banyak di perhatikan perilaku dan tingkah remaja. kadang2 bukan remaja.. dah tua2 pun ada setengahnya melakukan perbuatan yang pada aku la kan macam sungguh tak sesuai. Mungkin bagi sesetengah orang beraksi begitu adalah 'cool'.. cool2 pun biar la bertempat kan?? dan biarlah tidak memesongkan aqidah kita secara tidak sedar.
Antara aksi yang selalu didengar dan nampak dilakukan oleh orang kita (Muslim) adalah menggunakan perkataan "cross my finger". Apa tu?? tertanya-tanya kan apa bendenya tu. ok. sini aku kasi bahan bacaaan skit la ek. Dari link (http://arsiparmansyah.wordpress.com/2010/05/24/telisik-akidah-keep-my-finger-cross-and-peace-man/) nanti nkorang free nkorang baca la link tu.
Bagi aku.. istilah ni aku selalu dengar orang kristian guna sebab ia sinonim dengan lambang salib diorang. so kenapa kita nak ambil amalan agama lain dan praktikan sebagai amalan kita?? mungkin setengah orang akan cakap cross my finger tu = good luck. tapi bagi aku tak.. bagi aku just baca doa mintak pada Allah. Ada jugak orang bila buat sesuatu kerja tu dia akan cakap sambil buat silang jari ni harap2 kerja dia tu okay. Why is that?? cuba sebelum buat keje kita berdoa pada Allah moga kerja kita dipermudahkanNya dan selepas keje kita siap.. kita bersyukur dan berdoa semoga kerja kita tu sempurna dan diterima oleh bos2 kita. Perkara kebaratan ni dah banyak. cuma kita guna akal kita fikir balik.. yang baik boleh diambil yang buruk tu jadikan sempadan kita dan peringatan buat kita. cool, cool la jugak kan.. tapi jangan hanya cool di dunia aje!!.. sekian posting kali ni.. Selamat Hari Raya.. Wassalam...

Salam Aidilfitri.. Maaf Zahir Batin

Assalammualaikum.. tak berapa hari lagi semua umat Islam seluruh dunia akan menyambut Syawal. Ucapan salam Aidilfitri maaf zahir dan batin kepada semua. Bagi yang balik kampung tu, hati-hati dijalan raya. Sentiasa bersabar. InsyaAllah.. akan selamat sampai ke destinasi.

Thursday, May 17, 2012

1st Target: Ganti Puasa

Assalam tak sampai berapa bulan je lagi Ramadhan akan menjelma.. aku dah mula gelabah.. puasa tahun lepas tak abih ganti lagi.. as at today..ada lagi 17 hari.. bila kita syok2 dok ganti.. time2 tu la pulak uzurnye.. hermm.. tak sabar nak tunggu abih.. hope minggu depan dah leh mula balik. nak ganti straight 5 hari.. :D at the same time.. diet..
FYI.. aku start balik makan HL.. apa tu HL.. heheh.. Herbalife.. setakat ni.. brand ni je yg aku rasa sgt2 berkesan.. dan berjaya buat aku turun berat. ada try gak produk lain.. tapi tak jalan.. even beli girdle. korset mahai2 pun.. tak jalan2 gak.. so bg yg nak turunkan berat.. leh la try HL ni.. nak tau menu diet yg aku amalkan sampai leh turun 8kg.. boleh contact..:D Moga Allah akan permudahkan.. Amin...

Friday, April 20, 2012

Make Up simple

Assalam.. hari ni just nak tempek gambar yg mekap simple je.. ni kira mekap harian pi keja.. nak ringkas.. simple jer.. :D
guna warna yg soft2 jer.. ni pakai eyeshadow silkygirl 06 copperdust.. then sapu skit eyeliner.. dah siap..:D
ok tak?? simple je kan??
ni dah siap.. tadaaaa... pakai lipstik skit..:D gloss skit.. pedap ngn tisu.. dah siap..:d ni la gaya akak pi keja.. mekap skit2.. :D

Friday, April 6, 2012

Farmasi

Hello...

hari ni kepala sangat serabut.. dok perah otak nak buat costing bagai.. last2 rest sat.. nak merapu.. heheh.. so tajuk posting hari ni "Farmasi"...



ni bukan farmasi yang dok juai2 ubat tu naa.. ni Farmasi brand kosmetik dari Turki. Brand ni halal.. so gunakan tanpa was2.. heheh.. sebenaq nya.. Farmasi ni dah ada lama dah kat malaysia ni.. kalau tak salah aku.. rasanya masa tahun 2005 lagi dah ada.. masa tu aku pi ronda2 kat amcorp mall ngn Hanis (my sifu.. tapi dia dah balik kg dia dah.. huhu)ada la jumpa.. masa tu kiosk kecik sj.. dalam 2 3 tahun tengok banyak jugak lah produk dia masuk.. tapi dalam tahun lepas pi tengok dah tak dak dah. (nampak sgtkan aku tak pi amcorp mall tu berapa lama.. hehe)..

tapi baru2 ni ada ada dapat info yang Farmasi akan buat sale kat karnival karangkraf shah alam.. apa lagi.. aku pun ajak la Pak Encik pi sekali.. gendong bawak jugak si Fahan tu.. memang nak cari parking susah ya amat la.. tapi ghodong jugak lak.. at last dapat jugak la beli barang2 dia.. dalam panas2 tu.. heheh.. ni kat bawah ni antara barang2 Farmasi yang aku ada.. memang best barang dia.. setanding jugak la ngn brand2 yang mahai tu kan.. memang affordable lah.. so bg yang dok cari barang2 kosmetik halal dengan rega yang berpatutan dan kualiti yang memuaskan.. cuba la brand Farmasi ni..:D jom kita tengok apa yg ada..



okeh.. ni antara foundation yang aku ada.. yang stick tu beli dekat amcorp mall.. memang jimat sgt.. pakai skit2 saja.. yang botoi kiri ngn kanan tu beli kat karnival.. memang murah sgt depa juai masa tu.. apa lagi.. borong la kita pun kan..


yang ni ada lipstik, eyeshadow, eyebrow ngn eyeliner.. lipstik dia best.. dua paling kanan tu yang aku paling suka.. pink skit tu lip maximizer. bila pakai dia mcm berangin2 skit.. sedap.. tak kering bibir.. yang hijau tu eyeshadow.. dia ada glitter skit.. tapi kaler dia memang cantik. pastu ada quad eyeshadow. ada 4 kaler dalam 1.. kaler2 dia pink, soft pink ngn pink gelap... pastu eyeliner dia kohl pencil best. kaler itam pekat.. eyebrow tu pun dah lama beli. tengok label pun dah nak hilang.. kaler dark brown. nampak natural saja bila pakai.




yang ni yang aku paling suka.. makeup primer.. kita pakai ni dulu sebelum pakai apa2 foundation atau bedak.. ni nak bagi mekap kita set cantik kat kulit.. mekap pun tahan lama.. muka aku ni yang suka berpeluh melicau2.. memang pakai ni mekap maintan saja.. tapi sayang.. dah tak masuk dah kat sini yang ni.. ada yang baru stay matte tu.. aku tak try lagi yang tu..

ada lagi sebenaqnya barang farmasi ni kat aku.. tapi yang ni saja yang ada dalam beg mekap aku.. so yang lain tu kita ceghita lain kali la naa pasai yang lain dok dalam beauty case besaq.. heheheh... okeh la naa.. C ya...

Wednesday, April 4, 2012

Pembuka 2012

hai...

start dari tahun lepas.. ada 2 3 org kawan2 yg mintak kan aku mekap depa.. hermm. dah lama dah tinggai keja-keja mekap ni.. rasanya ada dalam 4-5 tahun kot.. bukan apa.. pasai ada anak kecik. nak pi mana2 tu agak terhad la..

tapi tahun 2012 ni.. Pak Encik pun dah bagi kebenaran so ingat nak start balik buat keja2 mekap2 ni..

pembuka tahun 2012... ada sorang adik ni nak bertunang.. dia nak aku gak mekap.. dia cakap tak mau amik orang lain.. katanya suka style mekap aku.. Alhamdulillah.. lega la jugak dengaq mcm tu kan.. so plan la dengan dia.. ada buat test mekap la dulu sblm hari yg sebenaq..

majlis dia buat pada 1 Jan 2012. dia buat malam.. ni dia gambaq2 yg dan snap masa tu..






thanks to Yana..

Tuesday, April 3, 2012

Tak Dak Entri Untuk 2011??



Lama sungguh tak jengah blog ni. Banyak kerja.. sibuk di opis dan juga sibuk kat rumah. Hari ni sebabkan mengantuk sgt kat opis ni so taip2 la skit.. walaupun tak dak benda nak taip…
Okeh.. berbalik pada tajuk post ni.. tak dak entri 2011.. hehe.. Sebenaqnya ada.. tapi dah buang sebab dah tak aktif dah menjuai2 ni.. kebanyakan benda-benda yang berkaitan dengan home deco.. so skrg ni beli untuk deco-deco rumah sendiri saja dulu.. later on kita akan tengok kot-kot kalau leh lak buat bende lain.

Okeh la.. stop dulu setakat ni.. ada cerita kita sambung lagi.. tata..