Tuesday, October 27, 2009

mekap!! mekap!!

"dah cantik dah!! amboi makin hari makin cun lak yer.. apa rahsia?? " tegur kakak dekat opis ni..
heheheh... ni jawapan aku" jawapan nya.. hahaha.. tengok la saya makan apa??" hihihi.. then dia pun paham le apa yg aku makan lately.. since 2 bulan ni.. so sesiapa yang nak tau aku makan apa, meh le email2...

hihihi... lately sejak badan makin slim ni kan.. kat opis asik touchup muka je.. sbb nak siap2 kat rumah macam tak sempat je.. so sampai je opis.. terus bukak laci.. bukak beg mekap kecik tu.. tonyoh skit eyeshadow, mascara skit.. eyeliner skit.. blusher ngn lip gloss.. dah siap.. heheheh...

lagipun since ada request dari partner yang buat wedding nak aku aktif balik mekap2. so kene la lembutkan balik jari2 ni untuk mekap kan org.. jumaat ni dapat sorang model untuk praktis mekap. so jumaat ni masa break akan berjalan lah projek aku.. hahah. mekap kan adik kat opis ni.. dah lama gila tak mekapkan org.. so tangan pun agak menggigil. aku nyer sifu pn dah byk kali tanya bila nak mekap org lagi.. so this time aku kene la snap kan gambar model2 yang aku mekap then send kat dia untuk dikomen. kira mcm PJJ la yer..

harap2 lepas2 ni ada la byk projek untuk aku.. hopefully.. insyaAllah.

p/s: ada gak request untuk bukak kelas mekap... hermmm.. berani ke aku ngajar ek?? insyaAllah...

Monday, October 26, 2009

manjanya dia!!

last week naufal demam. suhu badan 39.5. mmg badan dia panas sgt. aku tunggu hubby balik nak bawak dia ke klinik. sampai ke klinik doktor check. kasi ubat semua. pesanan dr doktor "lap badan dia setiap 15 minit ngn tuala panas. takot nanti tarik".

so balik dr klinik mlm tu, aku terus bukak baju naufal dan biarkan dia pakai diaper je. kadang2 terasa badan dia menggigil. aku ambil tuala lembab balut badan dia. mula dr situ naufal tak nak berenggang. dia nak dipeluk je. tido pun nak peluk. selalunya dia akan merangkak dan main-main dekat depan tv tu.

siangnya dia bangun. panas badan dah kurang. tapi still dia mengerang.. tapi alhamdulillah. dia dah mula main skit2. tapi sekejap. lepas tu dia nak mula tido.. seperti semalamnya dia nak tido dipeluk. so aku pun amik dia duduk kat sofa then biar dia tido. sekali dengan aku terlelap... hahahah... sampai tghari jugak la dia tdo mcm tu.. aku bawak dia pegi mandi.. huhuhu.. dia menggigil lagi.. sejuk.. risau aku tengok.. tapi lepas pakai baju dia nak tido balik.. mcm yang sebelum-sebelum.. nak kene peluk jugak..

alhamdulillah. dah seminggu dah dia baik dr demam. tapi sejak dr tu dia nak tido mesti nak dekat2 ngn aku walaupun tak dipeluk. bila aku beralih je mesti dia merengek. sampaikan nak ambil susu pun dia akan sedar yang aku tak de dan dia akan nangis sekuat-kuat hati. rasanya satu area flat tu leh dengar suara dia nangis malam2. makin manja dia. mungkin dia nak lebih perhatian dari ibu dan ayah....

semalam opah sampai dari tapah. so hari ni naufal tak ke sekolah.. ada opah jaga dia. harap naufal tak nakal2 yer...

Thursday, October 15, 2009

tak leh pikir

hermmm... dah kul 12.. tapi satu apa keje pun aku tak leh nak buat.. penin kepala.. sakit belakang.. dengan serabut kepala otak.. semua bende masuk dlm kepala serentak.. mana satu nak pikir ni.. penin2.. input byk.. tapi output zero... huhhh.... cemana ek???

Tuesday, October 13, 2009

try resepi baru

ni cerita semalam >>>

dari opis lagi dok tepikir2 apa nak dimasak mlm ni.. hermmm.. kat rumah apa je yg ada.. udang ada la.. ok la masak udang la..

tapi nak masak apa yer?? hermmm.. apa lagi internet depan mata.. so mula la menjelajah merata resepi di internet untuk dapatkan resepi. last2 aku berenti kat resepi udang keju. hermm.. boleh la try..

bahan2nya:

25 gm mentega
50gm tepung gandum
300ml susu segar
garam + lada sulah
3 camca besar daun pasli
300 gm udang besar dibuang kulit
6 biji telur rebus
3 camca besar keju cheddar....

ekceli tu resepi yang sebenar.. hahaha.. memandangkan hubby aku tak leh nak makan udang byk2.. so aku tukarkan resepi tu dengan daging ayam(aku beli fillet je sbb malas dah nak potong2)

ayam tu aku gaul ngn garam sikit + lada hitam skit + campo skit mixed herbs...(susun dlm loyang)

telur pun aku tak letak.. sbb malas nak rebus2..
daun pasli pun aku tak guna sbb g cari kat giant tak de. so aku potong je sikit daun celeri yang ada (beli batang celeri je)
keju cheddar pun aku ganti ngn keju slice yg ada kat dlm peti ais tu..

ni cara2 nak masak.

cairkan mentega then letak tepung. kacau dlm seminit. then tuang susu segar. kacau sampai dia jadi pekat mcm krim tu. letak garam, lada sulah ngn daun pasli. kacau lagi skit.
then tuang adunan krim ni atas ayam tadi.
pastu tabur je keju. (aku potong kecik2 keju slice tu then tabur)
bakar dlm oven selama 20 min pada suhu 220 darjah.


dah siap.

hidang kan kat hubby.. dia ckp sedap.. hihihi... (rasa mcm makan chicken pie dome je. nak kene belajar buat roti dia la pulak nanti.. hihihi)..

so kawan2 yang rasa nak try resepi ni leh la cuba.. nak makan ngn roti pun boleh:D

selamat mencuba....

Wednesday, October 7, 2009

sesat

adehhh..penat gila. nyampah pun ada. dah bgtau dah kat semua peserta untuk pergi ke tempat nak test alat. then kalau tak tau tunggu depan opis. nanti aku escort le pergi. ni tak. mandai2 nak pergi sendiri. haaa.. kan dah sesat.. pusing la engkau 8 kali pun kat area jusco wangsa maju tu.. hahaha.. geram je aku.. then ada lak lagi sorang ni.. aku ckp buat kat wangsa maju dulu baru ke titiwangsa. ni tak.. terus tunggu kat titiwangsa. then tepon aku ckp :
X: 'hello puan...mana olang?? saya sudah tunggu sini tempat lama ooo.. tapi satu olang pun talak.?
aku: u duduk mana sekarang??
X: saya ada ini titiwangsa punya tempat lor..
aku: haiya... apa pasai u pegi sana dulu. skrg semua org ada di wangsa maju la. u dtg sekarang dekat itu wangsa maju.
X: haiya. wangsa maju sana ka??bukan ini sini titiwangsa ka??
aku: bukan la.. mau buat kalibrasi dulu baru semua ke titiwangsa untuk test alat.
X: ooo.. itu mcm.. sikalang mcm mana mau pi itu wangsa maju??? i tak tau mana tempat itu test kaliblasi.
aku: (dlm hati dah sumpah seranah dah org ni) tak pa.. u cari itu carrefour wangsa maju. ada wangsa walk semua. kat situ saja.
X: situ ka? haiyaa.. mcm mana?? tak pa.. saya cari dulu itu tempat. trima kasih aaa...
aku: sama-sama

huhhh... tu la.. penat melayan org yg bila kita explain tak mo dengar. dah bgtau dah masa awal2 tu cemana perjalanan kursus tu nanti tapi ada jugak yg buat hal. haihhh. dah terbantut keje aku kat opis ni...

Tuesday, October 6, 2009

Open House

sebenarnya bukan open house pun. aku buat sbb ada sorg kawan YM ni kira adik2 la tiba2 Pm ckp nak mai rumah. so takkan la nak mai ghumah nak jamu biskut ghaya saja kan. so aku pun tanya la hubby cakap cenggitu cenggini. so hubby pun ckp ok la buat la. masak yang simple2 je la yg aku terer masak.. terer la sgt kan. so aku pun plan la dlm kepala otak ni nak masak apa. bila menu dah ada aku pun pikir. nnti aku masak ni takkan le nak jamu 2 3 org tu saja. aku pun tanya hubby lagi nak jemput ke kawan YM yang lain nya. hubby pun ckp alang2 dah nak buat makan jemput la tapi bg tau la siap2 yang rumah kita sempit. ok la.. aku pun mula sms kat semua kawan2 YM yg mana ada dlm hp aku yg comey tu. "salam.. jemput datang ke rumah sabtu ni 8 mlm. ada makan2 skit" simple je sms aku type. then aku send.

hari jumaat lepas keje je aku ngn hubby pun bergegas le ngendong anak aku yg comey itu ke tesco nak beli barang.. org ramai tak ingat. nak tengok barang pun susah org ramai2 ni.. aku pun cepat2 bukak list barang yang aku nak beli tu. tapi kecewa sbb aku nak beli pinggan polisterin semua dah abih. ada pinggan kertas sj.. lantak la. janji leh lapik makan (dr aku suruh dok bersila makan dlm daun pisang kan..) then satu barang yang paling penting tak de.. huhuh.. aku nak beli prego cabonara.. pun tak dak.. tinggai yang bolognese.. tak mo.. aku pun ckp kat hubby, "Yang kene pi beli gak esok".. anak aku pun dah mula merengek.. mulut dah start enjin.. hahah.. dah bising sbb time dia tido. aku pun ajak hubby pi bayaq.

balik sampai rumah sj teruih aku pi kemaih barang2. semua aku sumbat dalam peti aih. antara yg aku sumbat haha ayam sekoq, isi ayam. udang (ntah aku beli nak buat apa ntah tapi beli sebab murah) ngn sayoq2. kul 12 lebih lepaih sj bg anak aku tidoq aku pun mulakan operasi. aku buat dulu cheesecake. alhamdulillah. kul 1 siap semua tinggai nak masak esok pulak. lepas kemas2 aku pun pi tidoq.

pagi2 aku dah bangun. kemaih2 rumah. simpan apa yang patut. baju dah siap basuh tapinya langit mula mendung nak hujan. dok tak lama hujan.. adehh.. baju byk ni. nnti berbau la. tak pa la nak buat cemana.

aku pun mula masak.
mula2 aku perap ayam (nak buat ayam golek), kendian potong2 sayoq kentang lobak bagai. sambil nak tunggu ayam tu aku buat puding roti. tgh2 masak gas pulak abih. nak pi kedai anak tengah tidoq la pulak. nak suruh hubby.. dia kluaq pi KL (ada press conference). tak pa la. aku pun rehat la kejap sementara nak ttunggu anak aku bangkit. lepas sj dia bangkit aku gendong dia pi kedai beli gas. ngn harapan org kedai tu akan hantar dlm kadar segera. tapi hampeh. aku tunggu kat 30 min (sampai hubby balik gas tak sampai lagi) last2 mintak hubby pi kedai tu remind balik suruh hantaq gas.
tak lama dlm 5 min gas sampai. alhamdulillah. bermula la operasi masak balik.

kul 5 aku mula bakar ayam. nak kene bakar selama 1 jam 45 min. then aku potong sayoq untuk salad. lepas tu pasta.. dah siap semua kul 7 aku pun mula siap2. kul 8 ada yg call jalan jem.

dlm kul 8 lebih tetamu pun sampai.

alhamdulillah. semua berjalan lancar. ada yg bawak makanan tambahan (kek batik, puding karamel ngn ayam goreng, buah) hubby lak belikan satay.. trima kasih ya.

tapi yang paling best semua puji masakan aku.. sedap kata depa.. heheh.. semua sedap.. hahaha.. cheesecake tak jadi pun depa kata sedap.. hahaha.. alhamdulillah.. semua makanan abih.. tak de yg bazir.

anak aku pun seronok bukan main sbb ramai dok main ngn dia..

Nape yer?? Permulaan blog ni..

hari ni ntah macam mana ntah leh tanya kepada hubby cemana nak buat blog.. kodek punya kodek punya kodek.. ni la ghupa blog nya.. heheh.. kira boleh la. maklumlah baru nak belajaq. tak pa. nnti aku update la lagi. kasi best skit.

tapi apa yg akan aku type kat sini?? nak tau?? kene la terus follow yer....