Tuesday, December 22, 2009

hamil kali kedua.. hihihi...

huhu.. lama nya tak de menaip kat blog ni.. mcm malas pun ada.. tak sempat pun ada.. then tak de cerita nak cerita pun ada.. hahaha...

tapi hari ni rasa mcm nak menaip skit.

actually hari ni genap 2 bulan... hihihi.. nak tau 2 bulan apa ek?? 2 bulan dah aku pregnant.. alhamdulillah.. ramai yang cakap setiap kehamilan pengalaman nya berbeza-beza dan aku akui memang kali ni lain skit dari yang lepas. loya pun teruk skit. then makan pun memilih. yang best setiap ibu yang mengandung akan mengalami morning sickness tapi aku mengalami night sickness.. hahahaha.. sebab aku mengalami loya2 dan pening2 kadang2 muntah pada waktu malam. then malam memang aku tak lalu nak makan apa2 langsung kecuali buah2 sahaja.. nasi memang reject. memang tak de rasa nak telan. siang saja aku leh makan macam2. tapi rasa pahit tekak tu tak leh nak elak lah. so kene la aku cari kulit lemon kering untuk nak kurang kan rasa pahit tekak tu.

so far alhamdulillah. tak de masalah kesihatan lain. esok aku baru nak pergi klinik nak buat official check up.. insyaAllah harap kali ni pun sama mcm mengandungkan naufal.. tak de masalah. moga2 aku dan baby sentiasa sihat walafiat... doa-doakan la yer...

p/s: tapi apa2 pun naufal dah minum susu formula sbb susu ibunya sudah mula kering.. huhuhu....

Wednesday, December 2, 2009

ekzos berasap???

hari rabu lepas aku bersiap2 nak gerak balik ke penang.. sempena cuti hari raya korban. cadang nak gerak hari selasa 24 hb tapi memandangkan hubby kene pegi meeting lak hari rabu tu so kene la tangguh satu hari.
lepas siap2 packing semua.. aku pun gendong naufal masuk dlm kete. pakaikan seat belt semua.. then gerak slow ke puncak perdana amik hubby then terus gerak ke penang. sampai je kat opis hubby aku pun check minyak hitam kereta.. hahaha.. selalu sebelum gerak aku check tapi kelam kabut nyer pasal.. baru nak tengok.. minyak hitam dah kurang. aku pun amik botol minyak yg memang aku spare dlm kereta. rasa2 aku cukup la setengah botol.

lepas isi dlm 5 minit terus gerak. lepas 3km je hubby terkejut.. nape ekzos berasap teruk sgt tu.. putih berkepoi2... tak nampak kete belakang.. hahah.. aku pun cuak.. ishh takkan le sbb isi minyak hitam tu.. takkan salah minyak kot... mmg dh betui dah minyak tu.. adehhh.. aku pun cecepat call mekanik.. tanya dia nape ekzos berasap. dia ckp tak de apa2.. maybe sbb enjin belum betul2 panas. atau maybe masa isi tu enjin tengah panas.

lepas je dia ckp tak de apa2.. aku ckp kat hubby.. slow2 la kita bawak. tak de apa2 kot.. masa awal2 je kuar asap.. dah jalan lama skit asap dah kurang. sempat bawak sampai restoran jenjantas sg buloh, kami berenti rehat kejap. kasi naufal makan. sambil2 tu berdoa moga2 kereta tak berasap lagi. lepas makan2 tu.. kami pun gerak balik.

alhamdulillah. kete dah tak berasap lagi... fuhhh.. cuak gile... hahahah....
moral of the story.. hahaha.. servis kete awal2.. hahahah....

Thursday, November 12, 2009

gemok atau kurus??





heheh.. dah 3 bulan lebih rasanya aku amalkan makan produk herbalife. dan alhamdulillah.. rasa perubahan..gambar kat sebelah rasanya masa umor anak aku naufal 6 bulan. bulan mei 2009. huhu.. bila tengok gambar ni.. mak ai.. gemok nya aku.. kan kan??

hehehe.. skrg ni.. tengok pada gambar aku yg sebelah lagi tu.. yg baju putih.. hahaha.. seluar tu seluar lama. seluar yg aku beli pada tahun 2005.. dapat pakai balik. dan longgar lak tu.. heheh.. jimat le duit aku skrg ni tak yah nak beli baju ngn sluar baru.. :D

aku juga masih menyusukan naufal dengan susu ibu dan alhamdulillah dengan herbalife aku masih boleh berdiet tanpa risau kalau2 susu merosot. so ibu2 yg ada anak tu jgn risau badan gemok. masih boleh diet dan masih boleh nyusukan baby. susu ibu susu yang terbaik.

nampak tak ek perbezaan sebelum dn selepas?? sekarang ni pun masih lagi dlm proses. esok lusa insyaAllah boleh la pkai baju kebaya kegemaran ku dlu.. hahah...

rasa-rasa nak kuruskan badan?? meh le sembang2...

Monday, November 9, 2009

aktiviti hujung minggu yang lepas

mula dari hari khamis lagi dah terpikir2 apa nak buat hujung minggu ni.??..nak g jalan2 ke mana yer..?? hermmm.. hari ahad ada program dah.. program herbalife.. then sabtu nak buat apa yer?? hermm.. masa pun berlalu dengan aku masih dok pikir nak buat apa..

dah hari jumaat.. apa nak buat esok ni?? adehh.. takkan dok rumah je.. hihi.. tanya kat hubby.. hubby ckp tgk lah.. kita g OU ke curve ke.. ermm.. ok.. tgk le cemana.. malam lepas balik dr keje.. ckp ngn hubby.. kita pi tesco la dulu esok beli barang dapur skit.. then kita pi jalan ke IKEA.. cuci mata.. hahha.. then dia ckp ok..

so sabtu pun tiba.. pagi dah siap prepare susu untuk naufal. dlm kul 11 siap ke tesco. ramai nyer org.. lepas beli barang yang patut dlm kul 2 kot.. gerak ke IKEA..

masuk je kat parking bawah IKEA tu.. kereta dah beratur nak cari parking.. adehhh.. mana nak parking ni.. tapi seperti biasa.. kami pasti bertuah setiap kali kalau pergi ke IKEA. senang je dapat parking.. dekat dengan pintu masuk lak tu.. hehehe... ok.. target dlm IKEA nnti nak usha kitchen kabinet.. walaupun rumah tak siap lagi.. tapi nak gak usha2 dulu.. untuk plan budget bila rumah dah siap nnti.. so dah jalan2.. sampai kat area dapur. tengok punya tengok punya tengok.. ok la dah decide nnti nak kitchen yg macam mana.. hihihi.. naufal sampai terlelap la ronda dlm IKEA tu.

lepas dah beli barang skit.. terus gerak balik.. kluar je dr parking tengok langit dah gelap.. nak hujan. elok sampai rumah je.. hujan turun dengan lebatnya(hahah.. ayat buku teks)... seperti biasa.. curry puff ikea tetap menjadi pujaan hati ku.. hehe.. mesti aku cekau 1/2 dozen.

pagi ahad lak aku siap2 cepat nak ke timesquare.. mulanya mcm 50/50 nk pergi.. tapi alang2 pergi je la.. kejap je kat sana pun.. hahah.. tak sampai 15 pun. pergi ngn cik orenlili.. then kluar dr dewan tu terus ke black queen. kedai aksesori dan barangan mekap. rembat 3 ketul eyeshadow.. hahah.. aku suka collect je.. tapi tak pakai pun.. harga tak mahal pun.. rm6.90 je seketul.. hihihi.. lepas tu amik kete.. pergi ke jalan masjid india..
sampai sana cari parking.. nak tak nak.. kene gak parking kat luar tu.. mak ai.. rm7 hengget sekali parking. aku nak g beli tudung je kat situ. rm7 hengget tu leh dapat tudung sehelai tau... huhu. ok la.. dah parking tu aku pun menuju ke destinasi yea yea( ala2 lagu siti lak yer hahah... ) dah sampai kat kedai tudung tu.. mcm naik gila aku tgk tudung byk2.. huhuhu.. pilih punya pilih punya pilih.. tengok2 dah ada 10 helai kat tgn.. huihhh.. ni dah kat 70 hengget ni..
huhu.. last2 buat saringan pemilihan kali kedua.. hahaha.. amik 6 helai je.... hihihi.. semua yg aku pilih tu rasa mcm ok.. cantik hahaha.. harap2 ok la bila pakai nanti..

balik je singgah kat oldtown pekena mee udang.. sementara nak tunggu yani (anak sedara hubby) sampai kat komuter sg buloh. kul 3.30 baru gerak ke rumah. otw tu yani call. m.cu yani dah sampai kat sg buloh dah. aku pun terus je pergi ke stesen. ingat nak singgah kat rumah amik naufal ngn opah.. tapi memandangkan aku belum belok.. terus je la..

hermmm.. malam ni nak masak apa.. memandangkan aku ngn hubby dah jarang makan mlm.. so aku masak je yg simple untuk opah ngn yani. then lepas tu.. tgn ni gatal je nak buat pai.. apa lagi. mula la operasi buat pai.. padahal dah kul 8 lebih.. hahaha.. ni percubaan pertama.. biasa la.. tak berapa nak jadi.. inti dlm dah sedap.. cuma kulit je agak keras.. maybe tepung lebih.. tak pe.. nnti cuba lagi.. tapi yg best nya ada org puji sedap.. hahahah...

hehe.. panjang berjela kan?? apa2 pun.. hujung minggu mesti je nak berjalan.. hahahah

Tuesday, October 27, 2009

mekap!! mekap!!

"dah cantik dah!! amboi makin hari makin cun lak yer.. apa rahsia?? " tegur kakak dekat opis ni..
heheheh... ni jawapan aku" jawapan nya.. hahaha.. tengok la saya makan apa??" hihihi.. then dia pun paham le apa yg aku makan lately.. since 2 bulan ni.. so sesiapa yang nak tau aku makan apa, meh le email2...

hihihi... lately sejak badan makin slim ni kan.. kat opis asik touchup muka je.. sbb nak siap2 kat rumah macam tak sempat je.. so sampai je opis.. terus bukak laci.. bukak beg mekap kecik tu.. tonyoh skit eyeshadow, mascara skit.. eyeliner skit.. blusher ngn lip gloss.. dah siap.. heheheh...

lagipun since ada request dari partner yang buat wedding nak aku aktif balik mekap2. so kene la lembutkan balik jari2 ni untuk mekap kan org.. jumaat ni dapat sorang model untuk praktis mekap. so jumaat ni masa break akan berjalan lah projek aku.. hahah. mekap kan adik kat opis ni.. dah lama gila tak mekapkan org.. so tangan pun agak menggigil. aku nyer sifu pn dah byk kali tanya bila nak mekap org lagi.. so this time aku kene la snap kan gambar model2 yang aku mekap then send kat dia untuk dikomen. kira mcm PJJ la yer..

harap2 lepas2 ni ada la byk projek untuk aku.. hopefully.. insyaAllah.

p/s: ada gak request untuk bukak kelas mekap... hermmm.. berani ke aku ngajar ek?? insyaAllah...

Monday, October 26, 2009

manjanya dia!!

last week naufal demam. suhu badan 39.5. mmg badan dia panas sgt. aku tunggu hubby balik nak bawak dia ke klinik. sampai ke klinik doktor check. kasi ubat semua. pesanan dr doktor "lap badan dia setiap 15 minit ngn tuala panas. takot nanti tarik".

so balik dr klinik mlm tu, aku terus bukak baju naufal dan biarkan dia pakai diaper je. kadang2 terasa badan dia menggigil. aku ambil tuala lembab balut badan dia. mula dr situ naufal tak nak berenggang. dia nak dipeluk je. tido pun nak peluk. selalunya dia akan merangkak dan main-main dekat depan tv tu.

siangnya dia bangun. panas badan dah kurang. tapi still dia mengerang.. tapi alhamdulillah. dia dah mula main skit2. tapi sekejap. lepas tu dia nak mula tido.. seperti semalamnya dia nak tido dipeluk. so aku pun amik dia duduk kat sofa then biar dia tido. sekali dengan aku terlelap... hahahah... sampai tghari jugak la dia tdo mcm tu.. aku bawak dia pegi mandi.. huhuhu.. dia menggigil lagi.. sejuk.. risau aku tengok.. tapi lepas pakai baju dia nak tido balik.. mcm yang sebelum-sebelum.. nak kene peluk jugak..

alhamdulillah. dah seminggu dah dia baik dr demam. tapi sejak dr tu dia nak tido mesti nak dekat2 ngn aku walaupun tak dipeluk. bila aku beralih je mesti dia merengek. sampaikan nak ambil susu pun dia akan sedar yang aku tak de dan dia akan nangis sekuat-kuat hati. rasanya satu area flat tu leh dengar suara dia nangis malam2. makin manja dia. mungkin dia nak lebih perhatian dari ibu dan ayah....

semalam opah sampai dari tapah. so hari ni naufal tak ke sekolah.. ada opah jaga dia. harap naufal tak nakal2 yer...

Thursday, October 15, 2009

tak leh pikir

hermmm... dah kul 12.. tapi satu apa keje pun aku tak leh nak buat.. penin kepala.. sakit belakang.. dengan serabut kepala otak.. semua bende masuk dlm kepala serentak.. mana satu nak pikir ni.. penin2.. input byk.. tapi output zero... huhhh.... cemana ek???

Tuesday, October 13, 2009

try resepi baru

ni cerita semalam >>>

dari opis lagi dok tepikir2 apa nak dimasak mlm ni.. hermmm.. kat rumah apa je yg ada.. udang ada la.. ok la masak udang la..

tapi nak masak apa yer?? hermmm.. apa lagi internet depan mata.. so mula la menjelajah merata resepi di internet untuk dapatkan resepi. last2 aku berenti kat resepi udang keju. hermm.. boleh la try..

bahan2nya:

25 gm mentega
50gm tepung gandum
300ml susu segar
garam + lada sulah
3 camca besar daun pasli
300 gm udang besar dibuang kulit
6 biji telur rebus
3 camca besar keju cheddar....

ekceli tu resepi yang sebenar.. hahaha.. memandangkan hubby aku tak leh nak makan udang byk2.. so aku tukarkan resepi tu dengan daging ayam(aku beli fillet je sbb malas dah nak potong2)

ayam tu aku gaul ngn garam sikit + lada hitam skit + campo skit mixed herbs...(susun dlm loyang)

telur pun aku tak letak.. sbb malas nak rebus2..
daun pasli pun aku tak guna sbb g cari kat giant tak de. so aku potong je sikit daun celeri yang ada (beli batang celeri je)
keju cheddar pun aku ganti ngn keju slice yg ada kat dlm peti ais tu..

ni cara2 nak masak.

cairkan mentega then letak tepung. kacau dlm seminit. then tuang susu segar. kacau sampai dia jadi pekat mcm krim tu. letak garam, lada sulah ngn daun pasli. kacau lagi skit.
then tuang adunan krim ni atas ayam tadi.
pastu tabur je keju. (aku potong kecik2 keju slice tu then tabur)
bakar dlm oven selama 20 min pada suhu 220 darjah.


dah siap.

hidang kan kat hubby.. dia ckp sedap.. hihihi... (rasa mcm makan chicken pie dome je. nak kene belajar buat roti dia la pulak nanti.. hihihi)..

so kawan2 yang rasa nak try resepi ni leh la cuba.. nak makan ngn roti pun boleh:D

selamat mencuba....

Wednesday, October 7, 2009

sesat

adehhh..penat gila. nyampah pun ada. dah bgtau dah kat semua peserta untuk pergi ke tempat nak test alat. then kalau tak tau tunggu depan opis. nanti aku escort le pergi. ni tak. mandai2 nak pergi sendiri. haaa.. kan dah sesat.. pusing la engkau 8 kali pun kat area jusco wangsa maju tu.. hahaha.. geram je aku.. then ada lak lagi sorang ni.. aku ckp buat kat wangsa maju dulu baru ke titiwangsa. ni tak.. terus tunggu kat titiwangsa. then tepon aku ckp :
X: 'hello puan...mana olang?? saya sudah tunggu sini tempat lama ooo.. tapi satu olang pun talak.?
aku: u duduk mana sekarang??
X: saya ada ini titiwangsa punya tempat lor..
aku: haiya... apa pasai u pegi sana dulu. skrg semua org ada di wangsa maju la. u dtg sekarang dekat itu wangsa maju.
X: haiya. wangsa maju sana ka??bukan ini sini titiwangsa ka??
aku: bukan la.. mau buat kalibrasi dulu baru semua ke titiwangsa untuk test alat.
X: ooo.. itu mcm.. sikalang mcm mana mau pi itu wangsa maju??? i tak tau mana tempat itu test kaliblasi.
aku: (dlm hati dah sumpah seranah dah org ni) tak pa.. u cari itu carrefour wangsa maju. ada wangsa walk semua. kat situ saja.
X: situ ka? haiyaa.. mcm mana?? tak pa.. saya cari dulu itu tempat. trima kasih aaa...
aku: sama-sama

huhhh... tu la.. penat melayan org yg bila kita explain tak mo dengar. dah bgtau dah masa awal2 tu cemana perjalanan kursus tu nanti tapi ada jugak yg buat hal. haihhh. dah terbantut keje aku kat opis ni...

Tuesday, October 6, 2009

Open House

sebenarnya bukan open house pun. aku buat sbb ada sorg kawan YM ni kira adik2 la tiba2 Pm ckp nak mai rumah. so takkan la nak mai ghumah nak jamu biskut ghaya saja kan. so aku pun tanya la hubby cakap cenggitu cenggini. so hubby pun ckp ok la buat la. masak yang simple2 je la yg aku terer masak.. terer la sgt kan. so aku pun plan la dlm kepala otak ni nak masak apa. bila menu dah ada aku pun pikir. nnti aku masak ni takkan le nak jamu 2 3 org tu saja. aku pun tanya hubby lagi nak jemput ke kawan YM yang lain nya. hubby pun ckp alang2 dah nak buat makan jemput la tapi bg tau la siap2 yang rumah kita sempit. ok la.. aku pun mula sms kat semua kawan2 YM yg mana ada dlm hp aku yg comey tu. "salam.. jemput datang ke rumah sabtu ni 8 mlm. ada makan2 skit" simple je sms aku type. then aku send.

hari jumaat lepas keje je aku ngn hubby pun bergegas le ngendong anak aku yg comey itu ke tesco nak beli barang.. org ramai tak ingat. nak tengok barang pun susah org ramai2 ni.. aku pun cepat2 bukak list barang yang aku nak beli tu. tapi kecewa sbb aku nak beli pinggan polisterin semua dah abih. ada pinggan kertas sj.. lantak la. janji leh lapik makan (dr aku suruh dok bersila makan dlm daun pisang kan..) then satu barang yang paling penting tak de.. huhuh.. aku nak beli prego cabonara.. pun tak dak.. tinggai yang bolognese.. tak mo.. aku pun ckp kat hubby, "Yang kene pi beli gak esok".. anak aku pun dah mula merengek.. mulut dah start enjin.. hahah.. dah bising sbb time dia tido. aku pun ajak hubby pi bayaq.

balik sampai rumah sj teruih aku pi kemaih barang2. semua aku sumbat dalam peti aih. antara yg aku sumbat haha ayam sekoq, isi ayam. udang (ntah aku beli nak buat apa ntah tapi beli sebab murah) ngn sayoq2. kul 12 lebih lepaih sj bg anak aku tidoq aku pun mulakan operasi. aku buat dulu cheesecake. alhamdulillah. kul 1 siap semua tinggai nak masak esok pulak. lepas kemas2 aku pun pi tidoq.

pagi2 aku dah bangun. kemaih2 rumah. simpan apa yang patut. baju dah siap basuh tapinya langit mula mendung nak hujan. dok tak lama hujan.. adehh.. baju byk ni. nnti berbau la. tak pa la nak buat cemana.

aku pun mula masak.
mula2 aku perap ayam (nak buat ayam golek), kendian potong2 sayoq kentang lobak bagai. sambil nak tunggu ayam tu aku buat puding roti. tgh2 masak gas pulak abih. nak pi kedai anak tengah tidoq la pulak. nak suruh hubby.. dia kluaq pi KL (ada press conference). tak pa la. aku pun rehat la kejap sementara nak ttunggu anak aku bangkit. lepas sj dia bangkit aku gendong dia pi kedai beli gas. ngn harapan org kedai tu akan hantar dlm kadar segera. tapi hampeh. aku tunggu kat 30 min (sampai hubby balik gas tak sampai lagi) last2 mintak hubby pi kedai tu remind balik suruh hantaq gas.
tak lama dlm 5 min gas sampai. alhamdulillah. bermula la operasi masak balik.

kul 5 aku mula bakar ayam. nak kene bakar selama 1 jam 45 min. then aku potong sayoq untuk salad. lepas tu pasta.. dah siap semua kul 7 aku pun mula siap2. kul 8 ada yg call jalan jem.

dlm kul 8 lebih tetamu pun sampai.

alhamdulillah. semua berjalan lancar. ada yg bawak makanan tambahan (kek batik, puding karamel ngn ayam goreng, buah) hubby lak belikan satay.. trima kasih ya.

tapi yang paling best semua puji masakan aku.. sedap kata depa.. heheh.. semua sedap.. hahaha.. cheesecake tak jadi pun depa kata sedap.. hahaha.. alhamdulillah.. semua makanan abih.. tak de yg bazir.

anak aku pun seronok bukan main sbb ramai dok main ngn dia..

Nape yer?? Permulaan blog ni..

hari ni ntah macam mana ntah leh tanya kepada hubby cemana nak buat blog.. kodek punya kodek punya kodek.. ni la ghupa blog nya.. heheh.. kira boleh la. maklumlah baru nak belajaq. tak pa. nnti aku update la lagi. kasi best skit.

tapi apa yg akan aku type kat sini?? nak tau?? kene la terus follow yer....