Tuesday, December 22, 2009

hamil kali kedua.. hihihi...

huhu.. lama nya tak de menaip kat blog ni.. mcm malas pun ada.. tak sempat pun ada.. then tak de cerita nak cerita pun ada.. hahaha...

tapi hari ni rasa mcm nak menaip skit.

actually hari ni genap 2 bulan... hihihi.. nak tau 2 bulan apa ek?? 2 bulan dah aku pregnant.. alhamdulillah.. ramai yang cakap setiap kehamilan pengalaman nya berbeza-beza dan aku akui memang kali ni lain skit dari yang lepas. loya pun teruk skit. then makan pun memilih. yang best setiap ibu yang mengandung akan mengalami morning sickness tapi aku mengalami night sickness.. hahahaha.. sebab aku mengalami loya2 dan pening2 kadang2 muntah pada waktu malam. then malam memang aku tak lalu nak makan apa2 langsung kecuali buah2 sahaja.. nasi memang reject. memang tak de rasa nak telan. siang saja aku leh makan macam2. tapi rasa pahit tekak tu tak leh nak elak lah. so kene la aku cari kulit lemon kering untuk nak kurang kan rasa pahit tekak tu.

so far alhamdulillah. tak de masalah kesihatan lain. esok aku baru nak pergi klinik nak buat official check up.. insyaAllah harap kali ni pun sama mcm mengandungkan naufal.. tak de masalah. moga2 aku dan baby sentiasa sihat walafiat... doa-doakan la yer...

p/s: tapi apa2 pun naufal dah minum susu formula sbb susu ibunya sudah mula kering.. huhuhu....

Wednesday, December 2, 2009

ekzos berasap???

hari rabu lepas aku bersiap2 nak gerak balik ke penang.. sempena cuti hari raya korban. cadang nak gerak hari selasa 24 hb tapi memandangkan hubby kene pegi meeting lak hari rabu tu so kene la tangguh satu hari.
lepas siap2 packing semua.. aku pun gendong naufal masuk dlm kete. pakaikan seat belt semua.. then gerak slow ke puncak perdana amik hubby then terus gerak ke penang. sampai je kat opis hubby aku pun check minyak hitam kereta.. hahaha.. selalu sebelum gerak aku check tapi kelam kabut nyer pasal.. baru nak tengok.. minyak hitam dah kurang. aku pun amik botol minyak yg memang aku spare dlm kereta. rasa2 aku cukup la setengah botol.

lepas isi dlm 5 minit terus gerak. lepas 3km je hubby terkejut.. nape ekzos berasap teruk sgt tu.. putih berkepoi2... tak nampak kete belakang.. hahah.. aku pun cuak.. ishh takkan le sbb isi minyak hitam tu.. takkan salah minyak kot... mmg dh betui dah minyak tu.. adehhh.. aku pun cecepat call mekanik.. tanya dia nape ekzos berasap. dia ckp tak de apa2.. maybe sbb enjin belum betul2 panas. atau maybe masa isi tu enjin tengah panas.

lepas je dia ckp tak de apa2.. aku ckp kat hubby.. slow2 la kita bawak. tak de apa2 kot.. masa awal2 je kuar asap.. dah jalan lama skit asap dah kurang. sempat bawak sampai restoran jenjantas sg buloh, kami berenti rehat kejap. kasi naufal makan. sambil2 tu berdoa moga2 kereta tak berasap lagi. lepas makan2 tu.. kami pun gerak balik.

alhamdulillah. kete dah tak berasap lagi... fuhhh.. cuak gile... hahahah....
moral of the story.. hahaha.. servis kete awal2.. hahahah....