Monday, December 31, 2012

Penutup 2012

Assalam..

hari ni 31 Disember 2012.. penutup bagi tahun 2012.

Bila diimbas kembali sepanjang 2012 ni.. banyak lagi yang tak dapat aku capai. tapi apa pun aku bersyukur pada Allah kerana masih bernyawa dan masih lagi dapat menyumbang dan beramal. Masih banyak lagi pekara yang aku tak dapat buat dalam tahun 2012 ni. Pada tahun ini juga macam-macam dugaan yang aku hadapi. Segala apa yg aku alami aku ambil itu sebagai iktibar untuk diri aku dan jadikan itu satu pengajaran untuk aku melangkah masuk ke 2013.

Banyak perancangan 2012 yang aku terpaksa bawak ke 2013. Tapi tak apa.. perjalanan masih jauh.. walaupun tak pasti sampai bila.. akan aku lalui setiap detik..setiap masa dengan lebih tabah.. lebih muhasabah diri ke arah hidup yang lebih baik.

nak buat senarai plan 2013 tapi mcm tak tersenarai je.. apa2 pun aku berdoa semoga hari esok akan lebih baik.. bukan hari yang lebih baik.. tapi diri aku ini akan berusaha untuk menjadi yang terbaik.. untuk diri sendiri dan untuk keluarga. Moga Allah memudahkan segala urusan ku pada 2013 dan tahun2 akan datang, dan melimpahkan aku dengan rezeki yang melimpah ruah, kesihatan yang baik, kasih sayang yang tak terhingga dr suami dan keluarga.. Aminnn...

No comments: