Monday, April 12, 2010

Resepi roasted chicken

salam.. hihi.. tiba2 je hari ni ada request mintak masukan resepi ayam bakar yg aku buat masa open house tahun lepas. sebenarnya tu percubaan pertama buat bende tu.. maklumlah, ada oven baru. tapi alhamdulillah. percubaan berjaya..nama resepinya aku tak tau.. so belasah je la yer.. janji roasted chicken.. hihi... ramai lak yg puji sedap. terima kasih gak dekat k.bisma sebab kasi resepi tu. so.. lepas ni. cik orangelily leh la buat selalu yer. buat lebih skit pastu hantar ke opis.. leh?? hihi..

resepi yang dimaksudkan adalah seperti dibawah:

A. bahan untuk ayam bakar (bergantung kepada jumlah jemputan. kalau ramai, byk la ayam nyer)
1. 2 ekor ayam atau 1 ekor + 2 keping isi bahagian dada.
2. Kentang
3. carrot
4. Leek
5. Batang Celery
6. brokoli
7. Minyak zaitun
8. bawang putih (tumbuk)
9. Lada hitam (ditumbuk)
10. lemon juice
11. mix herb
12. garam
13. gula

CARA2:
1. Perap ayam dengan minyak zaitun, garam, bawang putih yang ditumbuk, mix herb dan lemon juice. biarkan selama 1/2 jam dlm peti sejuk.

2. sediakan bahan2 untuk disumbat dalam ayam.
i. potong kecil kentang, carrot, leek, batang celery, brokoli.

ii. goreng semua bahan diatas dengan tumis bawang putih (guna minyak zaitun)+ masukan isi ayam yang telah dipotong dadu + lada hitam + garam secukup rasa dan secubit gula.

iii. masukan sedikit sahaja mix herb.

iv. ketepikan bila kentang dah empok. (untuk mengelakan masa menggoreng yg lama, rebus dahulu carrot dan kentang)

3. rebus kentang (potong 4)dan carrot untuk diletakkan dalam dulang pembakar bersama ayam.

4. kluarkan ayam dari peti sejuk. masukan bahan-bahan yang goreng tadi dalam ayam tersebut dan susun kentang serta carrot yang direbus di luar ayam dalam dulang pembakar. (jika bahan yang disumbat lebih, boleh dituang saja di luar ayam atau dibuat lauk tambahan)

5. bakar dlm oven selama 1j45min pada suhu 175 darjah.

hihi.. selamat mencuba. sorry la.. tak reti la nak type resepi. so ikut je la mana yg boleh yer.. hahaha.. kalau tak paham.. roger2 la yer..

apa-apa pn selamat mencuba.

3 comments:

cik orenlili said...

alahaiii kak jaaa! terharu okeh. sanggup menulis dan berkongsi utk adikmu yg tersayangs nihhss.

thank you.

yana nak masak weekend depan ni. nanti yana antor kat kak ja ye :P

thank you2.

*terharu* lagi nii... :P:P

Jaja Lita said...

hihi.. haa.. kalau ckp nak hantar tu kene la hantar yer.. sian nanti ibu ngndung ni.. hahaha.. cuba la yer.. rasa2 tak paham tu ejas2 le ikut selera sendiri.. hihi..

cik orenlili said...

wahahaha. tp lagi sedap kalau kite masak masa house warming umah bau cat baru tu.. hehe :D